Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara (PRABN)

Mengenai

Mengenai KARIB

KARIB adalah Kempen Amaran Dan Ramalan Informasi Banjir yang dilaksanakan dalam projek CEPA iaitu Communication, Education and Public Awareness (Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam) bertujuan untuk memperkasa komuniti menerusi informasi dan pengetahuan terkini bagi menangani bencana banjir, dipacu oleh teknologi sistem amaran banjir terkini iaitu PRAB. Buat masa ini pelaksanaan KARIB melibatkan tiga (3) lembangan sungai iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Pahang.

Mengenai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah sebuah jabatan yang berada di bawah arahan Kementerian Alam Sekitar dan Air. JPS menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar

Mengenai Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN)

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) adalah sebahagian daripada Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS.

Objektif Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) adalah:

  • Menyediakan perkhidmatan pemantauan hidrologi secara masa nyata (real time) seluruh Malaysia kepada orang awam; DAN
  • Memberi perkhidmatan ramalan dan amaran banjir sebagai persediaan menghadapi banjir kepada agensi-agensi berkaitan.

Fungsi PRABN adalah berikut:

  • Menjalankan operasi ramalan dan amaran banjir selaras dengan keperluan agensi berkaitan pengurusan bencana banjir dan orang awam;
  • Membangun, menaiktaraf dan menyelenggara sistem ramalan dan amaran banjir meliputi peralatan, pemodelan, infrastruktur ICT dan sistem hebahan; DAN
  • Menjalankan aktiviti kesedaran awam berkaitan ramalan dan amaran banjir serta membuat penilaian keberkesanan.

Mengenai Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB)

PRAB adalah Program Ramalan dan Amaran Banjir. Sebelum PRAB, ramalan dan amaran banjir hanya bergantung kepada data semasa stesen hidrologi dan hebahan melalui laman web publicinfobanjir.

Manakala, transformasi kepada PRAB melahirkan sistem yang lebih komprehensif, mampu memberikan ramalan seawal 7 hari dan amaran 2 hari sebelum banjir berlaku kepada agensi yang berkepentingan serta rakyat berbeza dari sistem sedia ada yang hanya memberi amaran 6 jam sebelum banjir berlaku.

PRAB memanfaatkan teknologi big data, crowdsourcing dan komunikasi terkini untuk mengeluarkan ramalan dan amaran banjir dengan lebih cepat dan tepat. Maklumat dari sistem PRAB yang telah dibangunkan dipaparkan di lawan sesawang publicinfobanjir.water.gov.my

Manfaat PRAB:

  • Dapat membantu agensi penyelamat menyusun strategi operasi pemindahan penduduk dengan lebih cekap dan teratur;
  • Memberikan orang awam masa yang lebih untuk membuat persiapan dan persediaan yang rapi, dan dapat mengurangkan kerosakan dan kerugian harta benda.

Jika terdapat apa-apa pertanyaan, boleh hubungi kami di info@karib.my atau dengan mengisi borang ini

Hakcipta Terpelihara © 2021, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, Km 7, Jalan Ampang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (603)-4289 5585 Fax: (603)-4256 4037

Kemaskini Terakhir: 1 Jun 2021

Penafian

Kerajaan Malaysia dan JPS Malaysia tidak bertanggung jawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan dari penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.